Kuala Lumpur, 29 September 2025 - Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Abang Johari bin Tun Datuk Abg Openg telah merasmikan Pejabat Satelit Kuala Lumpur - Sovereign Wealth Future Fund ( Dana Kekayaan Berdaulat Sarawak ) dan seterusnya menerima kunjungan hormat ahli-ahli Lembaga tersebut bertempat di Level 39, Menara Affin, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur.
Kunjungan tersebut di Ketuai oleh Pengerusi, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie dan Ahli-ahli Lembaga iaitu Datuk Iain John Lo, Tan Sri Ahmad Nizam bin Salleh, Datu Haji Soedirman bin Aini, Tan Sri Shahril Ridza Riduan dan CEO Abang Rahmat Yusuf.